Urutan Selepas Bersalin

Mengurut atau urutan tradisional Melayu adalah salah satu cara perubatan tradisional yang banyak kebaikannya.

Amalan berurut, berpantang, bertungku, minum air akar kayu dan jamu merupakan antara cara rawatan tradisional yang diterimapakai dalam Amalan Perbidanan Islam.

Urutan bersalin adalah untuk para ibu lepas bersalin.

Dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai “postnatal massage”.

Urutan selepas bersalin adalah penting dan boleh dilakukan samada bersalin secara normal atau pembedahan (ceaserean)

KEBAIKAN URUTAN

Urutan yang baik membantu:

Memulihkan aliran darah
Mengeluarkan angin serta lendir kotor
Melawaskan nifas daripada tersekat
Menenangkan emosi
Meringankan tubuh badan yang lesu
Memulihkan semula ketahanan badan
Menjamin ketahanan badan dalam masa berpantang dan dalam jangkamasa panjang

URUTAN LEPAS BERSALIN

Setiap kelahiran boleh menyebabkan ketahanan badan menurun terutama selepas kelahiran anak yang banyak.

Bagi yang bersalin secara pembedahan menyebabkan banyak urat-urat yang putus dan memudahkan badan dimasuki angin.

Urutan lepas bersalin boleh dilakukan sebaik-baiknya 3 hari selepas bersalin.

Bagi yang bersalin secara pembedahan (ceaser), urutan boleh dilakukan selepas 7 hari selepas tempoh kelahiran tetapi bergantung juga pada situasi dan kesihatan ibu.

Seelok-eloknya urutan lepas bersalin dilakukan pada waktu pagi, tetapi bergantung juga kepada situasi dan keadaan.

Penangguhan yang lama untuk diurut boleh mengundang lemah badan, mudah masuk angin, bisa-bisa serta bentan.

Urutan lepas bersalin Melayu menggunakan pendekatan mengurut seluruh anggota badan termasuk kepala.

Teknik urutan merangkumi 3 posisi iaitu, meniarap, telentang dan duduk.

KEBAIKAN MENGURUT

Melancar dan memulihkan perjalanan darah
Melegakan badan, bisa otot dan sendi
Membuang angin badan dan lendir kotor
Melegakan stress / tekanan
Membetulkan urat
Menaikkan peranakan
Melawaskan nifas
Memecahkan lemak
Menyegarkan badan
Mengembalikan bentuk tubuh badan
Menaikkan seri muka dan awet muda