Rawatan Bertungku

Sepanjang tempoh berpantang, bertungku adalah salah satu rawatan tradisional bagi golongan wanita atau ibu-ibu semasa tempoh berpantang.

Jenis Rawatan – menggunakan Tungku Herba Nu’Della

KEBAIKAN DAN KHASIAT BERTUNGKU

Melancarkan perjalanan darah nifas bagi wanita yang baru bersalin dana pantang.

Bagi wanita yang mengalami senggugut ketika haid dapat diatasi dengan bertungku di mana boleh meredakan rasa sakit-sakit akibat perjalanan darah yang kurang lancar.

Menaikkan seri wajah di mana apabila perjalanan darah diperbetulkan dan darah kotor disingkirkan, aura seri akan terpancar di wajah.

Bagi ibu bersalin dapat mengurangkan sakit urat dan otot badan dan mempercepatkan pengecutan rahim serta memulihkan fungsi peranakan serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal dengan cara bertungku.

BAHAN-BAHAN TUNGKU HERBA NU’DELLA

Herba dan pasir sungai

Daun mengkudu