Param dan Pilis

Selain daripada rawatan dalaman, ibu yang masih dalam tempoh berpantang juga perlu mengamalkan rawatan luaran iaitu:

Pemakaian bedak param
Pemakaian pilis di dahi

PEMAKAIAN PILIS

Selepas mandi pagi atau petang, wanita lepas bersalin haruslah memakai pilis sehingga kering.


Pilis disapu ke dahi bagi menghilangkan rasa pening dan sakit kepala yang sering dialami oleh wanita bersalin.

PEMAKAIAN BEDAK PARAM

Selepas mandi pagi atau petang, wanita lepas bersalin harus memakai bedak param sehingga 44 hari.

Pemakaian param dengan meratakan keseluruh badan dari leher hingga ke hujung kaki supaya badan tidak masuk angin.

Pemakaian param ini bertujuan untuk memanaskan badan yang sejuk setelah bersalin.

Antara fungsi pemakaian bedak param ialah melancarkan perjalanan darah, menghaluskan kulit dan seterusnya membantu mengecutkan tubuh badan serta kembali kepada bentuk asal dengan lebih cepat agar kelihatan menarik.