APAKAH AMALAN PERBIDANAN ISLAM (API TM) ?

Melalui Amalan Perbidanan Islam (API TM), terapis perbidanan atau pengamal dan pesakit akan didedahkan kepada amalan-amalan perubatan Islam seperti zikir-zikir mudah dan doa-doa yang diamalkan sebelum, semasa dan selepas bersalin.

Terapis Perbidanan / Pengamal API TM mestilah seorang beragama Islam, dan didedahkan dengan amalan-amalan perubatan Islam seperti zikir-zikir mudah dan doa-doa yang boleh diamalkan sebelum, semasa, selepas bersalin dan dalam tempoh berpantang.

Terapis Perbidanan / Pengamal API TM juga akan diajar tentang penggunaan serta khasiat bahan-bahan seperti air selusuh, minyak selusuh dan kurma.

Selain itu produk rawatan, perkhidmatan, prosedur dan kaedah mestilah ‘HALAL,’ termasuk juga pengurusan dan pemasaran.

MENGAPA KITA PERLUKAN AMALAN PERBIDANAN ISLAM ?

Mematuhi syariat Islam.

Sistem dan prosedur perlu diterjemahkan ke dalam SOP (Standard Operating Procedure) untuk menunjukkan bahawa pengamal (bidan) dan organisasi tersebut beroperasi berdasarkan syariah.

SOP seperti yang terdapat di dalam ISO adalah bermakna dan boleh dilaksanakan di semua rangkaian francais Butik Ainaa-Ailaa (NU’DELLA).

PRODUK DAN PERKHIDMATAN DALAM PERBIDANAN ISLAM

Produk dan perkhidmatan yang disediakan mestilah mendapat status/disahkan HALAL.

Semua amalan dalam spa mestilah HALAL dari segi pelaksanaan kepada pelanggan.

INFRASTRUKTUR DAN KEBERSIHAN DALAM AMALAN PERBIDANAN ISLAM

Kebersihan di tempat kerja mestilah mematuhi keperluan Amalan Perbidanan Islam.

Tiada bahan yang tidak suci atau yang melanggar undang-undang pada produk, perkhidmatan dan terapis / pengamal yang boleh menjejaskan tahap kepuasan pelanggan.

JURUTERAPI DALAM PERBIDANAN ISLAM

Semua juruterapi spa mestilah beragama Islam.

Semua juruterapi mestilah jauh dari sebarang penyakit yang berjangkit agar tidak menjejaskan kualiti perkhidmatan.

Pakaian Juruterapi mestilah berdasarkan syariah – iaitu menutup aurat.

Juruterapi perlu menjaga aurat pelanggan dan menjaga batas – batas pergaulan.

KEPERLUAN PROSES MENGIKUT AMALAN PERBIDANAN ISLAM

Memastikan peralatan dan bahan dalam keadaan bersih dan suci dari najis.

Memastikan bahan yang digunakan adalah dalam keadaan halal.

Pengamal mestilah seorang Muslim.

Pengamal hanya akan menjalankan rawatan terhadap pelanggan apabila pelanggan bersetuju / menerima akad dalam pakej rawatan yang ditawarkan.

Pengamal wajib menutup aurat dan memakai pakaian seragam yang dikhaskan.

Pengamal dan pelanggan mestilah daripada jantina yang sama.

Pada setiap proses rawatan hendaklah dimulakan dengan bacaan Bismillah dan doa-doa khusus.

Pada setiap proses rawatan hendaklah didahului dengan tangan kanan.

Sepanjang tempoh menjalankan rawatan, pengamal dan pelanggan perlu menjaga aurat.

Semasa melakukan rawatan, digalakkan membaca Selawat / Zikrullah.

Mematuhi waktu masuk solat semasa melakukan rawatan.

Tidak menjadi halangan bagi pengamal-pengamal wanita untuk menjalankan proses rawatan semasa dalam keadaan uzur.

Pengamal perlu memastikan tidak akan melakukan sebarang rawatan yang melanggar syariat.

Pengamal perlu memastikan tidak akan melakukan perkara yang ditegah di dalam Islam seperti mengumpat, bergossip, riak dan menceritakan keaiban orang lain.

Pengamal haruslah menjaga peradaban / integriti, akhlak, sopan santun dan etika kerja dalam Islam.

Bilik rawatan dan laluan ke bilik rawatan perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan.

Bagi memastikan kebersihan, pengamal dan pelanggan tidak dibenarkan membawa kasut dari luar untuk memastikan tiada najis dibawa masuk ke dalam premis spa ataupun rumah pelanggan.

LANGKAH – LANGKAH RAWATAN MENURUT AMALAN PERBIDANAN ISLAM

Bahan-bahan dan peralatan yang digunakan mesti bersih dan suci dari najis.

Tempat rawatan mestilah bersih dan suci dari najis.

Air mestilah bersih dan suci dari najis (air mutlak) dan air tidak boleh digunakan berulang kali.

Tangan mestilah bersih dan suci dari najis.

Tuala mandi / tuala kecil bersih dan suci dari najis.

Pastikan aurat ditutup dengan sempurna semasa rawatan.